KEHIDUPAN
Tazkirah Digital
Maksud Kehidupan
Kehidupan yang baik adalah natijah daripada amal yang baik.Firman Allah (An-Nahl 97): Sesiapa yang melakukan amal soleh, lelaki atau perempuan sedang mereka beriman, Kami akan berikan mereka kehidupan yang baik.
Amal yang baik lahir daripada hati yang baik. Hati yang baik adalah hati yang mencintai Allah.
Hati & Iman
Bagaimana untuk mendapatkan hati yang baik?
Hubungan Hati, Lidah & Iman
- Tidak akan betul iman seseorang sehingga betul hatinya.
- Tidak akan betul hatinya sehingga betul percakapannya.
- Percakapan paling baik ialah mengajak manusia kepada Allah (Dakwah).
Dakwah & Ujian Iman
Iman bukan sekadar mengaku di mulut, tetapi perlu dibuktikan dengan ujian.
Proses Susah Payah & Sabar
Untuk hati mencintai Allah, kita mesti melalui proses susah payah (korban harta & diri) dan sabar dalam mengajak manusia kepada Allah.
Hakikat Ilmu & Taqwa
Siapakah Orang Berilmu?
Orang yang berilmu adalah orang yang mencintai Allah. Orang yang jahil adalah orang yang tidak mencintai Allah walaupun ada 100 PhD.
Siapakah Orang Bertaqwa?
Orang yang bertaqwa adalah orang yang takut kehilangan cinta Allah.
3 Jenis Sebab
Setiap perkara berlaku ada penyebabnya. Terdapat 3 kategori:
1. Sebab Fitrah (Sains)
Contoh: Api panas. Sifat semulajadi ciptaan Allah.
2. Sebab Zulumat (Sistem Manusia)
Contoh: Duit ada nilai. Ia bernilai kerana persetujuan manusia pada masa & tempat tertentu.
3. Sebab Mutlak (Janji Allah)
Ketetapan Allah melalui Al-Quran & Hadis. Contoh: Sakit sembuh sebab sedekah, Rezeki melimpah sebab sedekah.
Definisi Berkat & Kejayaan
Apa Itu Berkat?
Keadaan (senang/susah) yang tidak menghalang kita daripada mentaati perintah Allah dan mengikut cara Rasulullah SAW.
Apa Itu Kejayaan?
Kejayaan ialah apabila kita menjalankan PROSES dengan betul mengikut syariat Allah dan Sunnah Rasulullah. Kejayaan bukan pada 'Output' (hasil), tetapi pada proses.
Matlamat Hidup
Matlamat hidup kita ialah mendapatkan keredhaan Allah.
Cara Mencapainya:
- Menjadi seperti golongan Muhajirin dan Ansar.
- Mengikut jejak langkah mereka dengan baik.
- Menghidupkan Amal Masjid (Dakwah, Taklim, Zikir, Khidmat).