Berapa banyak fail PDF atau nota kuliah agama yang anda pernah download, simpan dalam phone, tapi sampai ke sudah tak pernah buka?
Saya pun sama je.
Saya ada satu set nota ni, tajuk dia “Maksud Kehidupan”. Isi dia memang mahal—tentang hati, iman, dan apa tu kejayaan sebenar. Tapi setiap kali nak baca, rasa “berat” sangat. Nak kena scroll fail panjang-panjang, buat nota, mata pun cepat letih.
Akhirnya, ilmu yang sepatutnya jadi ubat hati tu, bersarang je dalam phone. Rasa bersalah pun ada bila fail tu tak berusik.
Dari situ saya belajar satu benda tentang diri kita hari ini. Kita ni bukan tak nak belajar atau tak nak ambil tahu. Cuma kita “lemas” dalam lambakan maklumat.
Zaman sekarang ni, kalau info tu susah nak hadam atau leceh nak akses, kita akan cakap “nanti dululah”. Dan kita semua tahu, “nanti” tu musuh paling besar untuk bermula. Jadi, kuncinya bukan bagi banyak info, tapi mudahkan cara nak dapat info tu…
Sebab tu saya ambil keputusan untuk bereksperimen. Saya tak nak lagi sekadar “forward” fail PDF tu macam biasa.
Sebaliknya, saya tukarkan jadi satu Web App yang simple. Tak payah download, tak payah install, tak payah login.
Anda pun boleh lompat terus ke topik mana yang anda perlukan. Kiranya, sama macam “baca buku” tapi versi moden dan lebih tenang.
Saya tak nak cerita panjang lebar pasal betapa bagusnya isi kandungan ni. Saya nak anda rasai sendiri pengalaman belek nota gaya baru ni.
Jemput tekan link kat bawah ni dan tengok sendiri hasil eksperimen saya:
👉 https://nasrolsani.com/maksud-kehidupan/
P/S: Nanti kalau rasa format macam ni lagi senang masuk kepala berbanding baca PDF tebal, roger saya tau. Boleh saya buat banyak lagi lepas ni 🙂